Kelas Literasi Komputer

16 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15-Julai-2018, Pusat Internet telah mengadakan kelas literasi komputer. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada peserta tentang perkembangan ICT selaras dengan perubahan masa. Hal ini merangkumi perubahan fizikal, perkembangan aplikasi dan perubahan cara penggunaan serta pengurusannya. Seramai tujuh orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah dalam lingkungan 9 hingga 15 tahun. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan laman sesawang gcflearnfree.org untuk mempelajari dan menguasai kemahiran ICT secara perseorangan dengan video tutorial interaktif dan mudah difahami.

Dalam masa yang sama, penyelia juga ada menyediakan latihan secara praktikal berkaitan dengan MS Office untuk diselitkan dalam modul kelas yang diadakan agar mereka dapat menguasai kemahiran menggunakan komputer dengan baik. Di penghujung kelas, peserta diingatkan untuk menjadi pengguna yang bijak serta berhemat jika menggunakan ICT terutamanya semasa melayari internet.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
• Peserta dapat pengetahuan berkaitan perkembangan ICT dari mula diperkenalkan sehingga kini
• Peserta dapat mempelajari secara praktikal penggunaan ICT pada masa kini khusunya M.S Office
• Menghasilkan pengguna ICT yang berhemat
• Memberikan penjelasan berkaitan secara praktikal jika peserta kurang memahami modul kelas
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:
• Pengenalan kepada kamera aplikasi gcflearnfree.org
• Menerokai aktiviti pembelajaran MS Office dengan interaktif
• Membuat latihan praktikal yang disediakan berkaitan modul
• Tayangan video tutorial


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali